Monday 28 November 2011

DECEMBER PROMO FULL PACKAGE

 promosi bulan december. sempena tahun baru islam kami AMMAAR BABYKU BERENDOI mengadakan promosi pada harga berpatutan untuk full set.

cuma RM 350
harga biasa RM 380
replace bakul lonjong jut kepada bakul 4 segi besi cuma tambah RM 20.
promo tidak termasuk kos pengangkutan.
jangan lepaskan peluang. booking sepanjang DECEMBER untuk tarikh guna sehingga akhir FEBRUARY.

~PESANAN= bakul besi bersaiz besar muat untuk dua org bayi.







Buaian Berendoi Package 2012

Sewaan Buaian Berendoi 2012

PACKAGE A = RM 180
~Buaian + Deco

PACKAGE B = RM 280
~Buaian + Deco
~Bunga sisi
~Carpet
~Set merenjis
~Basikal
~Spotlight
~Tempat bunga telur (cocok/gantung)

PACKAGE C = RM 380
~Buaian + Deco
~backdrop (lighting)
~Bunga sisi (lighting)
~Carpet
~Set merenjis
~Basikal
~Tempat bunga telur (cocok/gantung)

jangan malu atau segan untuk maklumat lanjut, sila lawati fb kami di Ammaar Babyku Berendoi atau call/sms 0192442761

Sunday 6 November 2011

Hari Raya Pertama Bersama Permata Hati "AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL"

Sehabisnya pantangku 44 hari, aku bermula berpuasa seperti umat islam yang lain. Bulan Ramadhan 2011 di tempuh dengan penuh mencabar kerana aku berpuasa disamping menyusukan putera kesayangan kami. Syukur, puasa tidak membataskan penyusuanku terhadap bayi kami malah susuku sangat meriah, mungkin ini berkat ibadah puasaku disamping mengamalkan makan kurma, susu dan semua makanan berkhasiat yang aku amalkan.

Ku bayangkan puasaku tahun ini akan penuh, namun x disangka cik pietku datang awal, selepas 55 hari bersalin. kerisauan tetap ada, oleh itu langkah berjaga2 telah diambil. Tempoh berpuasa dirasakan sangat seronok kerana inilah masanya membalas dendam setelah 44 hari berpantang. Segala juadah ingin dimakan walhal makannyer tidak seberapa. 

Oleh kerana sangat teruja untuk meraikan aidilfirti bersama putera pertama kami, aku telah mengait kopiah untuk nya dan ayahnya. hehe. berjaya juga hasil tanganku. Ramai yang tergelak melihat kopiah yg ku buat tp mereka tabik padaku sebab berjaya menghasilkannya. Tema kami raya 2011  ini warna ungu. bajuku hasil membeli belah di bandung dulu. Aku tempah baju kurung pahang menyusu bukaan depan di bling bubies. agak selesa juga hasil jahitannya.

Di malam raya aku berada di rumah mertua di Bukit Bangkong, Sepang. tahun ini lebih riuh di rumah mertuaku kerana aku baru menghadiahkan cucu, kedua, adik iparku dari johor berserta suami dan anaknya turut ada. Jadi tahun ini semua adik beradik suamiku berkumpul. 

Petang raya, keluargaku beraya dirumah mertuaku dan kami terus bertolak beraya di Kampung Nenek ku di Hutan Percha, Melaka. memang kebiasaannya, keluarga ibuku akan berkumpul di petang raya dan konvoi beraya pada raya kedua. memang letih bila berjalan bersama anak kecil, Wafiq juga tidak selesa kerana sakit badan2nya asik di dukung. tp seronok beraya aku kenalah senyum dan melayan kerenah bujangku ini.

Agak lama aku berada di kampung, lebih kurang 4 hari, ini kerana aku sudah hampir setahun tidak menjenguk saudara mara di kampung.agak banyak juga duit raya yang Wafiq dapatwalaupun baru berusia 2 bulan.

Seronok campur letihmelihat telatah sepupuku, pakcik n makcik saudaraku. tp hati ini penuh kesyukuran kerana ALLAH memberi aku kesempatan beraya disamping keluarga tercinta.

Keluarga Bahagia
Wafiq bersama nenek
Keluargaku N k.cik beraya umah mertuaku
Wafiq berehat sambil ummi n ayah menjamu selera
Wafiq bersama wan, alang n ummi pergi beraya

Berbuka Puasa Di Star Point Hotel

Syukur dan berterima kasih kepada pihak Star Point Hotel dan Pa&Ma kerana telah memberikan sy voucher buffet berbuka puasa.

Bagaimana sy boleh mendapat voucher tersebut?
Mudah sj jawapan sy. Sy merupakan pelanggan n pembaca setia majalah Pa&Ma sejak sy disahkan hamil. Sy jenis suka mencuba, jadi sy telah menyertai slot pilihan. hanya pilih dua benda yg anda mahu dari semua yg ditawarkan. sy suka menjadikan pilihan makanan sebagai salah satu pilihan hati. Ini kerana suami sy juga ingin merasai hadiah yg di perolehi.

Voucher ini telah di poskan ke rumah sy oleh karangkraf. Pada mulanya kami ingin pergi pada 19 August 2011 namun kami telah tersekat di dalam trafik jam. jam 7.30 kami masih belum masuk KL, jadi suami menyarankan agar kami berbuka di tempat lain saja dan pergi ke Star Point Hotel Pada lain hari.

Kami bukan pergi berdua sahaja, putera kesayangan kami yg baru habis pantang punturut kami bawa.
TQ Pa&Ma serta Star Point hotel.



 ummi & ayah menjamu berbuka puasa percuma, manakala wafiq menahan ngantuk melihat umminya menjamu selera. untuk wafiq gak kan kan sayang ummi.

Sunday 14 August 2011

Apam Dot

Apam Dot atau nama lain dia Apam Racun. kebanyakan org suka buat apam nie dengan warna yg terang n pekat. namun org terlupa yg pewarna berlebihan berbahaya tuk kecihatan. terutama kanak2.

Sy buat apam nie dengan pelbagai perisa depends pd apa yg ada d bakery ketika membeli raw materials. Warna yg sy gunakan hanyalah sekadar untuk nampak seri. bukan untuk menarik minat org melihat tp takut tuk makan. Basic yang sangat pale namun sy hanya pekatkan dot dia saje.

Harga yang teramat berpatutan bergantung kepada jumlah Apam. Saiz yg sy guna adalah saiz cup cake atau saiz acuan dadih.

TQ to kak Azian dari Jalan Kebun Kerana telah order sebanyak 1000pcs semasa 7 Julai 2011 untuk majlis adik iparnya d Kuantan, Pahang.

Resepi Apam Dot nie mudah. tuk 1 adunan hanya memerlukan:)
270g tepung gamdum
180g gula
3 biji telur
120g susu
1 sudu teh ovallete
3 sudu teh baking powder
pewarna
perasa

cara membuatnyer :)
sy dah ubah skit resepi asal tuk dapat hasil yg baik.
pukul telur n gula sehingga naik. dalam 10 minit pastu teruskan memukul n masukkan ovallete sehingga gebu.
masukkan tepung n selang dengan susu.
masukkan perisa n warna.
letak half dalam acuan, tambah inti, tutup semula sehingga 3/4 penuh.
kukus selama 10 minit.




Khidmat Sewa Buaian Berendoi



Kami Menyediakan khidmat sewaan buaian berendoi dengan harga berpatutan. Sebarang makluman dan pertanyaan bolehlah melawat akaun facebook kami (Ammaar Babyku Berendoi) atau hubungi terus sy 0192442761. Kami menawarkan sewaan dengan harga berpatutan dan kami sangat bertimbang rasa terhadap cas pengangkutan yg d kenakan. Jangan malu n jangan segan untuk bertanya kami n menggunakan perkhidmatan kami.

PACKAGE A :) set buaian termasuk tilam n bantal, deco buaian n alas tilam n bantal.



PACKAGE B :) Set A + hiasan bunga sisi, alas lantai n tempat bunga telur



PACKAGE C :) Set B + 20 goodies bags (coklat +kek coklat moist+sapu tangan) + set merenjis


Thursday 28 July 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Salam. Kawan-kawan, jemput sertai Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 bermula 1 Julai 2011 – 31 Julai 2011. Hadiah bernilai lebih RM1500 untuk dimenangi!

KATEGORI
Bersalin Normal

TARIKH LAHIR ANAK
Tarikh Islam: 15 Rejab 1432 Masihi
Tarikh :17 Jun 2011
Hari: Jumaat
Masa: 2241

PENGALAMAN BERSALIN
Pada bulan Oktober 2010 saya telah di sahkan hamil. Di awal kehamilan ketika usia kandungan masih belum sebulan, saya kerap pening kepala yg teruk, rasa badan seperti nak demam. Suami saya sangat khuatir dengan kesihatan saya, tambahan pula saya sedang belajar dan membuat research. Jadi suami saya telah membelikan saya produk salindah. Saya mengamalkan produk ini sejak usia kandungan 3 bulan. Syukur sekali lagi, saya tidak mengalami mabuk, pening dan muntah sepanjang hamil. Malah saya sangat aktif n lasak. Selain mengamalkan salindah, suami juga telah memberi saya minum soya, air kelapa, ini semua untuk kandungan saya, selalu mengaji dan mendengar ceramah agama sekerap yang mungkin.

Saya di jangka akan bersalin oleh DR. pada 23 Jun 2011. Namun begitu, saya tetap menjangkakan yang saya akan melahirkan anak kami lebih awal dari tarikh tersebut. Akhirnya, pada Subuh 17 Jun 2011 (hari Jumaat) saya telah keluar tanda darah. Pada awalnya tiada sebarang rasa sakit, jadi saya telah menyuruh suami pergi kerja seperti biasa. Selamat kami tinggal bersama keluarga saya. Selepas solat Jumaat, baru kami bertolak ke Hospital. Saya dan Suami memilih Hospital Serdang kerana ia antara hospital terbaru dan berdekatan dengan rumah.
Setiba saya di sana, saya telah mendaftar dan saya telah di cek oleh Dr. pelatih perempuan. Bukaan saya telah 3cm. Mengalir air mata sy ketika itu. Setengah jam kemudian saya di cek semula oleh Dr., mengalir lagi air mata saya. Kini bukaan saya telah 4cm. Dr. mendapati air ketuban saya banyak, jadi saya akan ditolak masuk ke labour room untuk pecahkan ketuban saya. Oleh kerana labour room penuh, jadi saya di minta menunggu seperti yang lain. Saya di suruh duduk di tempat menunggu bersama ahli keluarga. Saya telah menunggu sehingga jam 8 malam. Akhirnya, suami terus bertanya pada kaunter, sampai bila saya perlu menunggu, dan mereka menjawab pukul 9 malam baru ada labour room kosong. Saya yang sudah tidak tahan kesakitan, jadi suami meminta nurse memberi katil untuk saya berehat. Air ketuban saya pecah sendiri. Bukaan saya sudah 9cm. Saya di tolak ke labour room dan di temani oleh suami. Saya masuk labour room pada jam 10.15 mlm dan bayi kami selamat dlahirkan pada jam 10.41 malam dengan berat 3.25 kg. Syukur, mudah saya meneran. Saya di jahit dan bidan saya mendapati ada kebocoran jahitan. Akhirnya, seorang Dr. pelatih perempuan mencari punca kebocoran jahitan dan mendapati luka saya koyak di hadapan. Saya tidak mengalami koyak belakang. Oleh kerana sukar untuk menjahitnya, Dr. tersebut memanggil beberapa orang Dr. dan saya telah di jahit oleh Dr. lelaki, perasaannya teramatlah sakit di samping lubang kencing saya di masukkan tiub untuk mengelakkan tertutup lubang tersebut ketika menjahit. Saya kesakitan sehingga marah-marahkan Dr. tersebut. Saya keluar dari labour room pada jam 1.30 pagi. 

Setelah saya keluar labour room, saya di tempatkan di wad transit. Pelawat tidak di benarkan masuk. Jadi saya terpaksa dukung bayi saya untuk tunjukkan pada suami dan mengambil gambar. Saya turun saja dari katil, darah keluar dan meleleh ke lantai dengan banyak. Jadi saya menyuruh suami mencari nurse, saya di pimpin ke tandas untuk menukar pad namun keadaan lebih rumit apabila saya pitam di tandas. Selamat ada nurse meneman saya ketika itu.

Keesokannya hari sabtu, saya di suruh kencing sebelum di benarkan keluar hospital. Kencing saya bercampur darah. Saya di minta kencing sehingga tiada campuran darah dan saya di benarkan pulang pada jam 9 malam.

MASALAH PENYUSUAN
Oleh kerana saya telah melahirkan bayi kami di Hospital Serdang iaitu salah satu hospital rakan bayi, jadi sejurus sahaja bayi kami lahir, jururawat telah meletakkan bayi kami di atas badan saya dan bayi saya telah menghisap payudara di samping suami mengazankan bayi kami. Ketika berada di dalam wad, saya turut memberi bayi kami menghisap payudara saya, namun menjelang hari siang bayi kami kerap menangis dan tangisannya sangat kuat. Saya tidak tahu sama ada payudara saya mempunyai susu atau tidak, kerana ini adalah pengalaman pertama saya menjadi 'ummi'. Saya bayangkan jika setiap kali saya memberi bayi kami hisap payudara saya dan dia senyap ini bermakna ada susu. Sangkaan saya meleset. bayi kami makin kerap menangis dan saya terpaksa titiskan air mineral ke dalam mulutnya sementara tunggu untuk keluar dari hospital.


Saya berpantang di rumah ibu saya. Ibu mengatakan yang payudara saya tiada susu lagi, kerana itu bayi saya menangis kelaparan, lagi pula, urat payudara saya masih belum kelihatan. Jadi ibu saya telah memberi bayi saya susu formula, namun bayi kami tetap tidak mahukannya. Saya sangat sedih melihat bayi saya yang kelaparan dan kembung perut selama 3 hari akibat minum air kosong. Selepas saya berurut barulah susu payudara saya ada. saya membayangkan menyusukan bayi itu mudah, namun tidak semudah yang di harapkan. Payudara saya membengkak dan setiap kali menyusukan bayi saya terasa sangat perit sehingga menangis. Adakalanya saya menjadi putus asa untuk menyusukan bayi kami dengan susu badan. tapi bila di kenangkan yang bayi kami tidak mahu minum susu formula, membuatkan saya tahan segala kesakitan yang saya alami demi anak kami yang tercinta.

PENYELESAIAN MASALAH PENYUSUAN
Ketika sedang hamil, saya telah mula menjinakkan diri dengan membaca majalah PA&ma untuk mendapat pengetahuan serba sedikit menjadi ibu dan ayah kepada bayi kami. Saya sekadar bercadang untuk menyusukan bayi kami selama yang bayi mahu. namun saya kurang membaca mengenai peranan dan teknik penyusuan susu ibu terutama secara eksklusif. Apabila saya berjaya menyusukan bayi kami, saya terus berniat untuk menyusukan bayi kami secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Semangat saya semakin berkobar-kobar berikutan bayi kami yang tidak mahu minum susus formula. Ini telah menaikkan semangat saya.. Saya mula membaca dan bertanyakan pengalaman sahabat dan teman yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu badan. Saya teringat yang kita akan menjalani puasa di bulan Ramadhan sebaiknya saya tamat pantang, jadi saya mula runsing akan hidrasi yang akan berlaku, ini kerana ada yang mengatakan ketika berpuasa susu badan akan berkurangan. Saya telah di nasihatkan oleh rakan untuk tidak panik kerana tiada kajian mengenainya lagi. Rakan tersebut juga menyuruh saya mula membuat stok susu untuk kegunaan apabila terdesak dan kegunaan ketika saya belajar nanti. Saya sangat berkobar-kobar. Suami telah menghadiahkan saya pam susu berkos rendah. Namun saya kekurangan botol susu untuk menyimpan susu. Jadi saya telah melihat iklan di dalam majalah PA&MA semula. saya mula mencari barangan dengan harga berpatutan. Akhirnya saya telah menjumpai satu butik penyusuan iaitu DUNIA SUSU IBU. butik ini telah manawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding butik yang lain selepas potongan harga. Saya telah membeli botol simpanan susu, bag simpanan susu dan 'ice' penyejuk susu yang tahan sejuk selama 14 jam. Saya dan suami sangat gembira kerana saya telah berjaya menyusukan bayi kami di samping saya berjaya mengepam susu saya untuk dijadikan stok walaupun sedikit. Saya sangat sabar dan sentiasa berdoa agar susu saya bertambah banyak seiring kehendak bayi kami, walaupun pada asalnya hanya sebanyak permukaan botol susu sahaja.

SOKONGAN
Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang senantiasa memberi sokongan kepada saya. Saya juga berasa bangga kerana suami seorang yang bersederhana. Kami berpendapat, kualiti penyusuan seseorang ibu itu bukan terletak pada kemewahan dan jenama barangan penyusuan yang digunakan, ia terletak pada niat dan kesungguhan si ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.

Saya juga sangat berterima kasih kepada DUNIA SUSU IBU kerana info pemyusuan susu ibu ketika berpuasa. Ini telah membakar semangat saya untuk berusaha berpuasa penuh di samping menyusukan bayi kami.

Kepada sahabat di alam maya mahupun yang kerap berjumpa dan berbual, saya sangat berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman anda semua, terutama sekali kepada Hanisah Hamzah yang sedang bersama-sama memperjuangkan penyusuan susu ibu terhadap bayinya, Harith Ridwan.

KENANGAN PENYUSUAN
                  Bag penyimpan susu'            ice' penyejuk susu

Simpanan susu dalam botol biasa serta botol yang baru di beli

Jumlah susu yang berjaya di kumpul setelah 4 minggu berpantang pada satu masa pam

Mencuci pam payudara dengan air panas

Putera kami 'AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL'


Saat manis menyusukan Wafiq


pesanan untuk sahabat-sahabat yang di tag, marilah sertai peraduan ini demi menyokong penyusuan susu ibu.

Thursday 21 July 2011

Pengalaman Bersalin

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI, pada 17 jun 2011 sy berjaya melahirkan seorg putera dengan selamatnya.
Sy telah disahkan mengandung pada bulan Oktober 2010. Sy pada mulanya agak tidak percaya kerana kami sekadar cuba nasib saja. tp x sangka berjaya. syukur. pada awal kehamilan iaitu usia kandungan masih belum sebulan, sy kerap pening kepala yg teruk, rasa badan macam nak demam. Oleh yg demikian, suami sangat kuatir yg sy akan mabuk teruk, tambahan pula sy sedang sibuk membuat research. Jadi suami terus melihat internet mengenai produk kesihatan untuk wanita hamil. Akhirnya suami membelikan sy produk salindah. sy mengamalkan produk ini sejak usia kandungan 3 bulan. syukur sekali lagi, sy tidak mengalami mabuk, pening dan muntah sepanjang hamil. malah sy sangat aktif n lasak. Selain mengamalkan salindah, suami juga telah membeli produk makanan HOMEOLAB iaitu examokid, minum soya, air kelapa, ini semua untuk kandungan sy., selalu mengaji dan mendengar ceramah agama sekerap yang mungkin.

Sy d jangka akan bersalin oleh DR. pada 23 Jun 2011, namun begitu, sy tetap menjangkakan yg sy akan melahirkan anak kami lebih awal dari tarikh tersebut. Akhirnya, pada Subuh 17 Jun 2011 (hari Jumaat) sy telah keluar tanda darah. Pada awalnya tiada sebarang rasa sakit, jd sy telah menyuruh suami pergi kerja seperti biasa. Selamat kami tinggal bersama family sy. Jadi ibu telah menyediakan kelengkapan untuk ke hospital selain bag pakaian sy n bayi yg telah sy sediakan lebih awal, sejak usia kandungan 6 bulan. Selepas solat Jumaat, baru kami bertolak ke Hospital. Sy n Suami memilih Hospital Serdang kerana ia antara hospital terbaru n dekat dengan rumah. sangkaaan sy sangat meleset apabila sy mengalami beberapa peristiwa pahit d sana.
Setiba sy d sana, sy telah mendaftar n sy telah d cek oleh DR. pelatih perempuan. Bukaan sy telah 3cm. Rasa sangat sakit ketika DR. cek bukaan. pd fikiran sy begini kot rasanya jika d rogol. Mengalir air mata sy ketika itu. setengah jam kemudian sy d cek semula oleh DR. sebenar, mengalir lagi air mata sy. Kini bukaan sy telah 4cm. DR. mendapati air ketuban sy banyak, jd sy akan ditolak masuk ke labour room untuk pecahkan ketuban sy.Oleh kerana labour room penuh, jd sy d minta menunggu seperti yg lain. Sy d suruh duduk d tempat menunggu bersama ahli keluarga. Tanpa memberi pakaian hospital, sy telah menunggu sehingga jam 8 mlm. darah telah penuh pd kain batik yg sy guna. Akhirnya, suami terus bertanya pd kaunter, sampai bila sy perlu menunggu, n mereka menjawab pukul 9 mlm baru ada labour room kosong. Sy yg sudah tidak tahan kesakitan, jd suami meminta nurse memberi katil untuk sy berehat. Barulah sy d beri pakaian n berehat d katil. Pada mulanya, sy menahan segala kesakitan itu sambil membaca ayat2 terpuji al-Quran, lama kemudian sy terfikir, jika terus menahan sakit sampai bila pun sy x bersalin. Jadi sy membuat keputusan untuk meneran pabila sakit datang. Air ketuban sy pecah sendiri. Barulah DR. ambil tahu mengenai sy. Bukaan sy sudah 9cm. Sy d tolak ke labour room dan d temani oleh suami. Sy masuk labour room pada jam 10.15 mlm n bayi kami selamat dlahirkan pada jam 10.41mlm. syukur. mudah saya meneran. Sy d jahit n bidan sy mendapati ada kebocoran jahitan. akhirnya, seorg DR. pelatih perempuan mencari punca kebocoran jahitan n mendapati luka sy koyak d hadapan. Sy tidak mengalami koyak belakang. Oleh kerana sukar untuk menjahitnya, DR. tersebut memanggil beberapa org DR. dan sy telah d jahit oleh DR. lelaki, perasaan teramatlah sakit d samping lubang kencing sy d masukkan tiub untuk mengelakkan tertutup lubang tersebut ketika menjahit. Sy kesakitan sehingga marah2kan DR. tersebut. Sy keluar dr labour room pd jam 1.30pg. 

Setelah sy keluar labour room, sy d tempatkan d wad transit. Pelawat x boleh masuk. Jd sy terpaksa dukung bayi sy untuk tunjukkan pada suami n mengambil gambar. Sy turun saja dari katil, darah keluar dan meleleh ke lantai dengan banyak nyer. Jadi sy suruh suami mencari nurse, sy d pimpin ke tandas untuk menukar pad namun keadaan lebih rumit apabila sy pitam d tandas. Selamat ada nurse meneman sy ketika itu. Dalam keadaan sy kehilangan banyak darah, keadaan tandas turut menyebabkan sy pitam. tandas sangat kotor. Darah n pad bersepah. pakaian hospital yang d penuhi darah bertimbun dalam tandas. nauzubillah.

Apapun sy sangat berterima kasih pd nurse n guard perempuan yg telah membantu sy untuk ke tandas. memang sangat terhutang budi. Keesokannyer hari sabtu, sy d suruh kencing sebelum d benarkan keluar hospital. Kencing sy bercampur darah. Sy d minta kencing sehingga tiada campuran darah dan sy d benarkan pulang pd jam 9 mlm.

Inilah pengalaman sy untuk bersalin. Sy bayangkan khidmat yang lebih baik d bandingkan hospital Klang, namun hampir sama saja situasi nyer. Terlalu ramai org yang nak bersalin sehingga kebajikan pesakit kurang d jaga. Bg sy Hospital Serdang d wartakan sebagai hospital rakan bayi hanya sekadar, membenarkan suami masuk ke labour room n mengajar bayi menyusu badan sebaik saja d lahirkan. Namun begitu sy berterima kasih kepada anggota hospital yg telah membantu sy melahirkan bayi kami dengan selamat n sihat. Syukur padamu ALLAH yang maha agong.


Buah Hati Ummi & Ayah (AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL)

BULAN MADU MEDAN, LAKE TOBA, INDONESIA

d KLIA

Inilah kali pertama aku n juga suami mengalami pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Kami telah booking tiket flight ketika promo tahun lepas. Dengan hanya RM300 termasuk harga tiket, sit, charge yg pelbagai tu termasuk makanan n largage untuk 2 org. Destinasi kami adalah MEDAN, Indonesia. Sy jg membawa sama adik perempuan sy Jannatul Akmal n anak angkat keluarga Suraiyah tp bajet sendiri. Ini kerana sy sedang berbadan dua. kiranyer pasang bodyguard n bidan. Dengan menggunakan khidmat agent direct terus dr Indonesia, kami hanya spend duit package sebanyak RM380 seorang tuk berada 1N d Berastagi, 1N d Parapat n 1N d Medan. Permandangan d sana memang cantik.

d BERASTAGI

Namun begitu, kami kurang gemar dengan layanan org disana. Pertama, ketika membeli, mereka tahu kami pelancong jadi mereka mengenakan harga yg tinggi. kedua, mereka seperti tidak menghormati pelancong. ketika kami hendank melistas, ketika itulah mereka akan melajukan kenderaan mereka dan membunyikan hon. dari segi makan, makanan d sana sangat pedas. Walaupun kami tidak mencuba makanan d tepi jalan, namun kami tetap sakit perut. bukan dua atau 3 kali, ini dah macam diarrhea. Khidmat hotel juga biasa2 saje, ini mungkin kerana kami mengambil hotel 3 bintang.
d TASIK DANOU TOBA

Walaupun begitu, agent yg kami gunakan sangat menjaga keperluan kami, Pertama, ketika melancong d MEDAN, sy sedang sarat mengandung anak sulong. Usia kandungan sy sudah 8bulan 2 minggu, pak Anwar sangat menjaga hati tetamu nya. Dia memberi sy n suami duduk d sit paling depan untuk mengurangkan hentakan, kerana jalan untuk menuju Parapat n Berastagi tersangat lah uzur. Kedua, dia menguruskan bilik kami katil king size kerana tahu ini adalah bulan madu kami. Ketiga, kami sentiasa d bawa makan d restaurant yg kompom HALAL n sedap. Sy sangat suka minum jus d sana. sangat pure.

Restaurant Minang

Inilah pengalaman kami berada d negara org buat pertama kali. Apa2 pun MALAYSIA memang tetap yg terbaik!.
d ISTANA MAIMOON

Tuesday 26 April 2011

Jualan Penghabisan Stock Pureen

Tahun nie PUREEN adakan jualan penghabisan stok pada 23 n 24 April 2011. Oleh kerana nak tahu situasi jualan nie macam mana, jd kami suami isteri pun sepakat tuk pergi n tambah barang2 bayi yang mane patut d tambah.

Orang? , jangan d tanya. dah semestinyer ramai. Jalan jam tak teruk sangat. Tp parking jauh ler tuk kebaikan. Beratur tuk bayar jer dah makan masa 2 jam. Harga boleh tahan murah. tp sangat penat sebab sesak n panas. x bli banyak pun. adalah koleksi pakaian n barang mandian.




Tuesday 19 April 2011

BULAN MADU LANGKAWI

Sempena nak jalan bulan madu tuk anniversary yang pertama, teringat plak kenangan bulan madu pertama kami selepas sah bergelar suami isteri.

WELCOME TO LANGKAWI


Inilah lambang kemegahan langkawi "HELANG MERAH". Pada mulanya, kami x merancang untuk ke Langkawi, tp selepas majlis perkahwinan kami selesai n bajet masih berbaki. Kami pun baru terfikir tuk berbulan madu. pk punye pk, akhirnya muktamad jalan LANGKAWI. Masing2 pernah sampai langkawi sebelum ini, jd ini lebih memudahkan kami untuk melawat tempat2 terpilih n menarik sahaja.


Seronok berjalan ngan suami x sama ngan keluarga. Jadi x menyesal memilih Langkawi tuk berbulan madu. Rasa lebih selamat sebab dah tahu jalan d Langkawi. Kami sewa kereta tuk pusing2 pulau. Sehari cuma charge RM50 wira auto, menarik kan. Yang menjadikan kenangan lebih menarik, pada malam terakhir, kami jalan pasar malam n minyak dah menyala. So p pekan tuk isi minyak namun x sempat sampai d petrol pump, enjin dah mati. Hanya kira2 50m jer dari petrol pump. Apa lagi kenangan menolak kereta ketika bulan madu.


 Nie rusa yang jinak. xde cas masuk. 
Cuma beli makanan rusa RM2.

Pantai Chenang sebagai saksi.

Pulau Dayang Bunting ;)




   Gunung tertinggi d Langkawi. Nice view.   
 Perlu naik kereta kabel dulu.

  
Duk makan Mihun Sup UTARA n Laksa  KEDAH.
 masyuk lazat.


Kami menghabiskan masa bercuti ke Langkawi selama 4h3m. 2 malam kami menginap d MALIBES pantai chenang. Ok. Puas ati condition nyer. Toilet pun ok n 1 malam kami menginap d D BARON pekan kuah. D BARON adalah hotel paling baru sewaktu kami sampai. Baru rasmi 2 bulan klu x silap. Siap provided with breakfast. bilik sea view lagi. Kopak juga lah shopping chocolate n souvenir tuk family n rakan2.  


WE LOVED THIS MEMORIES.
HOPE WE CAN BRING OUR SON N DAUGHTER TO THIS PLACE NEXT TIME.