Thursday 28 July 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011


Salam. Kawan-kawan, jemput sertai Peraduan Dunia Susu Ibu 2011 bermula 1 Julai 2011 – 31 Julai 2011. Hadiah bernilai lebih RM1500 untuk dimenangi!

KATEGORI
Bersalin Normal

TARIKH LAHIR ANAK
Tarikh Islam: 15 Rejab 1432 Masihi
Tarikh :17 Jun 2011
Hari: Jumaat
Masa: 2241

PENGALAMAN BERSALIN
Pada bulan Oktober 2010 saya telah di sahkan hamil. Di awal kehamilan ketika usia kandungan masih belum sebulan, saya kerap pening kepala yg teruk, rasa badan seperti nak demam. Suami saya sangat khuatir dengan kesihatan saya, tambahan pula saya sedang belajar dan membuat research. Jadi suami saya telah membelikan saya produk salindah. Saya mengamalkan produk ini sejak usia kandungan 3 bulan. Syukur sekali lagi, saya tidak mengalami mabuk, pening dan muntah sepanjang hamil. Malah saya sangat aktif n lasak. Selain mengamalkan salindah, suami juga telah memberi saya minum soya, air kelapa, ini semua untuk kandungan saya, selalu mengaji dan mendengar ceramah agama sekerap yang mungkin.

Saya di jangka akan bersalin oleh DR. pada 23 Jun 2011. Namun begitu, saya tetap menjangkakan yang saya akan melahirkan anak kami lebih awal dari tarikh tersebut. Akhirnya, pada Subuh 17 Jun 2011 (hari Jumaat) saya telah keluar tanda darah. Pada awalnya tiada sebarang rasa sakit, jadi saya telah menyuruh suami pergi kerja seperti biasa. Selamat kami tinggal bersama keluarga saya. Selepas solat Jumaat, baru kami bertolak ke Hospital. Saya dan Suami memilih Hospital Serdang kerana ia antara hospital terbaru dan berdekatan dengan rumah.
Setiba saya di sana, saya telah mendaftar dan saya telah di cek oleh Dr. pelatih perempuan. Bukaan saya telah 3cm. Mengalir air mata sy ketika itu. Setengah jam kemudian saya di cek semula oleh Dr., mengalir lagi air mata saya. Kini bukaan saya telah 4cm. Dr. mendapati air ketuban saya banyak, jadi saya akan ditolak masuk ke labour room untuk pecahkan ketuban saya. Oleh kerana labour room penuh, jadi saya di minta menunggu seperti yang lain. Saya di suruh duduk di tempat menunggu bersama ahli keluarga. Saya telah menunggu sehingga jam 8 malam. Akhirnya, suami terus bertanya pada kaunter, sampai bila saya perlu menunggu, dan mereka menjawab pukul 9 malam baru ada labour room kosong. Saya yang sudah tidak tahan kesakitan, jadi suami meminta nurse memberi katil untuk saya berehat. Air ketuban saya pecah sendiri. Bukaan saya sudah 9cm. Saya di tolak ke labour room dan di temani oleh suami. Saya masuk labour room pada jam 10.15 mlm dan bayi kami selamat dlahirkan pada jam 10.41 malam dengan berat 3.25 kg. Syukur, mudah saya meneran. Saya di jahit dan bidan saya mendapati ada kebocoran jahitan. Akhirnya, seorang Dr. pelatih perempuan mencari punca kebocoran jahitan dan mendapati luka saya koyak di hadapan. Saya tidak mengalami koyak belakang. Oleh kerana sukar untuk menjahitnya, Dr. tersebut memanggil beberapa orang Dr. dan saya telah di jahit oleh Dr. lelaki, perasaannya teramatlah sakit di samping lubang kencing saya di masukkan tiub untuk mengelakkan tertutup lubang tersebut ketika menjahit. Saya kesakitan sehingga marah-marahkan Dr. tersebut. Saya keluar dari labour room pada jam 1.30 pagi. 

Setelah saya keluar labour room, saya di tempatkan di wad transit. Pelawat tidak di benarkan masuk. Jadi saya terpaksa dukung bayi saya untuk tunjukkan pada suami dan mengambil gambar. Saya turun saja dari katil, darah keluar dan meleleh ke lantai dengan banyak. Jadi saya menyuruh suami mencari nurse, saya di pimpin ke tandas untuk menukar pad namun keadaan lebih rumit apabila saya pitam di tandas. Selamat ada nurse meneman saya ketika itu.

Keesokannya hari sabtu, saya di suruh kencing sebelum di benarkan keluar hospital. Kencing saya bercampur darah. Saya di minta kencing sehingga tiada campuran darah dan saya di benarkan pulang pada jam 9 malam.

MASALAH PENYUSUAN
Oleh kerana saya telah melahirkan bayi kami di Hospital Serdang iaitu salah satu hospital rakan bayi, jadi sejurus sahaja bayi kami lahir, jururawat telah meletakkan bayi kami di atas badan saya dan bayi saya telah menghisap payudara di samping suami mengazankan bayi kami. Ketika berada di dalam wad, saya turut memberi bayi kami menghisap payudara saya, namun menjelang hari siang bayi kami kerap menangis dan tangisannya sangat kuat. Saya tidak tahu sama ada payudara saya mempunyai susu atau tidak, kerana ini adalah pengalaman pertama saya menjadi 'ummi'. Saya bayangkan jika setiap kali saya memberi bayi kami hisap payudara saya dan dia senyap ini bermakna ada susu. Sangkaan saya meleset. bayi kami makin kerap menangis dan saya terpaksa titiskan air mineral ke dalam mulutnya sementara tunggu untuk keluar dari hospital.


Saya berpantang di rumah ibu saya. Ibu mengatakan yang payudara saya tiada susu lagi, kerana itu bayi saya menangis kelaparan, lagi pula, urat payudara saya masih belum kelihatan. Jadi ibu saya telah memberi bayi saya susu formula, namun bayi kami tetap tidak mahukannya. Saya sangat sedih melihat bayi saya yang kelaparan dan kembung perut selama 3 hari akibat minum air kosong. Selepas saya berurut barulah susu payudara saya ada. saya membayangkan menyusukan bayi itu mudah, namun tidak semudah yang di harapkan. Payudara saya membengkak dan setiap kali menyusukan bayi saya terasa sangat perit sehingga menangis. Adakalanya saya menjadi putus asa untuk menyusukan bayi kami dengan susu badan. tapi bila di kenangkan yang bayi kami tidak mahu minum susu formula, membuatkan saya tahan segala kesakitan yang saya alami demi anak kami yang tercinta.

PENYELESAIAN MASALAH PENYUSUAN
Ketika sedang hamil, saya telah mula menjinakkan diri dengan membaca majalah PA&ma untuk mendapat pengetahuan serba sedikit menjadi ibu dan ayah kepada bayi kami. Saya sekadar bercadang untuk menyusukan bayi kami selama yang bayi mahu. namun saya kurang membaca mengenai peranan dan teknik penyusuan susu ibu terutama secara eksklusif. Apabila saya berjaya menyusukan bayi kami, saya terus berniat untuk menyusukan bayi kami secara eksklusif untuk 6 bulan pertama. Semangat saya semakin berkobar-kobar berikutan bayi kami yang tidak mahu minum susus formula. Ini telah menaikkan semangat saya.. Saya mula membaca dan bertanyakan pengalaman sahabat dan teman yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu badan. Saya teringat yang kita akan menjalani puasa di bulan Ramadhan sebaiknya saya tamat pantang, jadi saya mula runsing akan hidrasi yang akan berlaku, ini kerana ada yang mengatakan ketika berpuasa susu badan akan berkurangan. Saya telah di nasihatkan oleh rakan untuk tidak panik kerana tiada kajian mengenainya lagi. Rakan tersebut juga menyuruh saya mula membuat stok susu untuk kegunaan apabila terdesak dan kegunaan ketika saya belajar nanti. Saya sangat berkobar-kobar. Suami telah menghadiahkan saya pam susu berkos rendah. Namun saya kekurangan botol susu untuk menyimpan susu. Jadi saya telah melihat iklan di dalam majalah PA&MA semula. saya mula mencari barangan dengan harga berpatutan. Akhirnya saya telah menjumpai satu butik penyusuan iaitu DUNIA SUSU IBU. butik ini telah manawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding butik yang lain selepas potongan harga. Saya telah membeli botol simpanan susu, bag simpanan susu dan 'ice' penyejuk susu yang tahan sejuk selama 14 jam. Saya dan suami sangat gembira kerana saya telah berjaya menyusukan bayi kami di samping saya berjaya mengepam susu saya untuk dijadikan stok walaupun sedikit. Saya sangat sabar dan sentiasa berdoa agar susu saya bertambah banyak seiring kehendak bayi kami, walaupun pada asalnya hanya sebanyak permukaan botol susu sahaja.

SOKONGAN
Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang senantiasa memberi sokongan kepada saya. Saya juga berasa bangga kerana suami seorang yang bersederhana. Kami berpendapat, kualiti penyusuan seseorang ibu itu bukan terletak pada kemewahan dan jenama barangan penyusuan yang digunakan, ia terletak pada niat dan kesungguhan si ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.

Saya juga sangat berterima kasih kepada DUNIA SUSU IBU kerana info pemyusuan susu ibu ketika berpuasa. Ini telah membakar semangat saya untuk berusaha berpuasa penuh di samping menyusukan bayi kami.

Kepada sahabat di alam maya mahupun yang kerap berjumpa dan berbual, saya sangat berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman anda semua, terutama sekali kepada Hanisah Hamzah yang sedang bersama-sama memperjuangkan penyusuan susu ibu terhadap bayinya, Harith Ridwan.

KENANGAN PENYUSUAN
                  Bag penyimpan susu'            ice' penyejuk susu

Simpanan susu dalam botol biasa serta botol yang baru di beli

Jumlah susu yang berjaya di kumpul setelah 4 minggu berpantang pada satu masa pam

Mencuci pam payudara dengan air panas

Putera kami 'AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL'


Saat manis menyusukan Wafiq


pesanan untuk sahabat-sahabat yang di tag, marilah sertai peraduan ini demi menyokong penyusuan susu ibu.

2 comments:

  1. akhirnya, berjaya juga post peraduan nie. ingatkan x sempat siap lah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, x sangka cerita sy nie berjaya tempat saguhati. papepun inilah pengalaman tuk sy n pembelajaran tuk org lain

    ReplyDelete