Monday 28 November 2011

DECEMBER PROMO FULL PACKAGE

 promosi bulan december. sempena tahun baru islam kami AMMAAR BABYKU BERENDOI mengadakan promosi pada harga berpatutan untuk full set.

cuma RM 350
harga biasa RM 380
replace bakul lonjong jut kepada bakul 4 segi besi cuma tambah RM 20.
promo tidak termasuk kos pengangkutan.
jangan lepaskan peluang. booking sepanjang DECEMBER untuk tarikh guna sehingga akhir FEBRUARY.

~PESANAN= bakul besi bersaiz besar muat untuk dua org bayi.







Buaian Berendoi Package 2012

Sewaan Buaian Berendoi 2012

PACKAGE A = RM 180
~Buaian + Deco

PACKAGE B = RM 280
~Buaian + Deco
~Bunga sisi
~Carpet
~Set merenjis
~Basikal
~Spotlight
~Tempat bunga telur (cocok/gantung)

PACKAGE C = RM 380
~Buaian + Deco
~backdrop (lighting)
~Bunga sisi (lighting)
~Carpet
~Set merenjis
~Basikal
~Tempat bunga telur (cocok/gantung)

jangan malu atau segan untuk maklumat lanjut, sila lawati fb kami di Ammaar Babyku Berendoi atau call/sms 0192442761

Sunday 6 November 2011

Hari Raya Pertama Bersama Permata Hati "AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL"

Sehabisnya pantangku 44 hari, aku bermula berpuasa seperti umat islam yang lain. Bulan Ramadhan 2011 di tempuh dengan penuh mencabar kerana aku berpuasa disamping menyusukan putera kesayangan kami. Syukur, puasa tidak membataskan penyusuanku terhadap bayi kami malah susuku sangat meriah, mungkin ini berkat ibadah puasaku disamping mengamalkan makan kurma, susu dan semua makanan berkhasiat yang aku amalkan.

Ku bayangkan puasaku tahun ini akan penuh, namun x disangka cik pietku datang awal, selepas 55 hari bersalin. kerisauan tetap ada, oleh itu langkah berjaga2 telah diambil. Tempoh berpuasa dirasakan sangat seronok kerana inilah masanya membalas dendam setelah 44 hari berpantang. Segala juadah ingin dimakan walhal makannyer tidak seberapa. 

Oleh kerana sangat teruja untuk meraikan aidilfirti bersama putera pertama kami, aku telah mengait kopiah untuk nya dan ayahnya. hehe. berjaya juga hasil tanganku. Ramai yang tergelak melihat kopiah yg ku buat tp mereka tabik padaku sebab berjaya menghasilkannya. Tema kami raya 2011  ini warna ungu. bajuku hasil membeli belah di bandung dulu. Aku tempah baju kurung pahang menyusu bukaan depan di bling bubies. agak selesa juga hasil jahitannya.

Di malam raya aku berada di rumah mertua di Bukit Bangkong, Sepang. tahun ini lebih riuh di rumah mertuaku kerana aku baru menghadiahkan cucu, kedua, adik iparku dari johor berserta suami dan anaknya turut ada. Jadi tahun ini semua adik beradik suamiku berkumpul. 

Petang raya, keluargaku beraya dirumah mertuaku dan kami terus bertolak beraya di Kampung Nenek ku di Hutan Percha, Melaka. memang kebiasaannya, keluarga ibuku akan berkumpul di petang raya dan konvoi beraya pada raya kedua. memang letih bila berjalan bersama anak kecil, Wafiq juga tidak selesa kerana sakit badan2nya asik di dukung. tp seronok beraya aku kenalah senyum dan melayan kerenah bujangku ini.

Agak lama aku berada di kampung, lebih kurang 4 hari, ini kerana aku sudah hampir setahun tidak menjenguk saudara mara di kampung.agak banyak juga duit raya yang Wafiq dapatwalaupun baru berusia 2 bulan.

Seronok campur letihmelihat telatah sepupuku, pakcik n makcik saudaraku. tp hati ini penuh kesyukuran kerana ALLAH memberi aku kesempatan beraya disamping keluarga tercinta.

Keluarga Bahagia
Wafiq bersama nenek
Keluargaku N k.cik beraya umah mertuaku
Wafiq berehat sambil ummi n ayah menjamu selera
Wafiq bersama wan, alang n ummi pergi beraya

Berbuka Puasa Di Star Point Hotel

Syukur dan berterima kasih kepada pihak Star Point Hotel dan Pa&Ma kerana telah memberikan sy voucher buffet berbuka puasa.

Bagaimana sy boleh mendapat voucher tersebut?
Mudah sj jawapan sy. Sy merupakan pelanggan n pembaca setia majalah Pa&Ma sejak sy disahkan hamil. Sy jenis suka mencuba, jadi sy telah menyertai slot pilihan. hanya pilih dua benda yg anda mahu dari semua yg ditawarkan. sy suka menjadikan pilihan makanan sebagai salah satu pilihan hati. Ini kerana suami sy juga ingin merasai hadiah yg di perolehi.

Voucher ini telah di poskan ke rumah sy oleh karangkraf. Pada mulanya kami ingin pergi pada 19 August 2011 namun kami telah tersekat di dalam trafik jam. jam 7.30 kami masih belum masuk KL, jadi suami menyarankan agar kami berbuka di tempat lain saja dan pergi ke Star Point Hotel Pada lain hari.

Kami bukan pergi berdua sahaja, putera kesayangan kami yg baru habis pantang punturut kami bawa.
TQ Pa&Ma serta Star Point hotel.



 ummi & ayah menjamu berbuka puasa percuma, manakala wafiq menahan ngantuk melihat umminya menjamu selera. untuk wafiq gak kan kan sayang ummi.