Thursday 27 December 2012

Bulan Madu ke KOTA KINABALU, KUNDASANG, SABAH

Bersyukur kepada ILAHI kerana masih mengurniakan ikatan perkahwinan ini hingga ke hari ini. Tahun ini merupakan tahun kedua perkahwinan KAMI. Jadi kami decide untuk berbulan madu buat kali ke-3 di SABAH.
Tak sabar untuk berjalan2
Wafiq menaiki kapal terbang buat kali pertama
Menaiki Air Asia, hasil membeli tiket ketika promo tahun lepas. Kami tiga beranak terbang pada 6/10/2012 pada jam 1630. Setibanya dia Kota Kinabalu, sahabatku Nourfatihah Suhaili telah menunggu kami. Beliau telah membawa kami makan di tanjung lipat. Makanan di sini sedap dan harga pun agak mahal dari semenanjung. Selepas itu,sahabatku menghantar kami ke hotel budget yg telah kami tempah awal. A&J budget hotel. hotel ini berada betul2 di depan pasar Philippine. Oleh kerana sangat letih, kami terus tidur.

Kami tiba di Lapangan Terbang KK, dah malam
Inilah kawanku yg menyambut kehadiran kami di bumi Sabah
Pada keesokkan harinya, kami berjalan ke Pasar Gayah pada jam 0730. Kami berjalan kaki saja, x jauh sangat cuma dalam 15min dari hotel. Di sini terdapat pelbagai barang jualan. Kami juga membeli makanan untuk dibawa ke pulau. Selepas penat shopping makanan, kami berjalan kaki ke jeti. Di Jeti kami membeli tiket ke Pulau Manukan dan menyewa life jacket serta goggle. Perjalanan menaiki boat ke pulau memakan masa dalam 30 minutes, sempatlah wafiq tido pabila dipukul ombak. Permandangan pulau pun boleh tahan cantik. Setelah penat berenang dan menyelam, kami pulang ke KK. Kami membeli makan petang bersebelahan pasar Philippine. Pada sebelah malam, kami makan ikan bakar,ketam bakar dan udang bakar di situ. Harga boleh tahan. Selepas kengang, kami berjalan di pasar yg berada di sekitar hotel.
Pasar buah KK
di Pasar Gayah
Anak ummi x sabar nak menyelam
Permandangan Pulau Manukan
Manukan, we are here
Sekitar tepi laut KK
Keesokan harinya, kami telah menyewa kereta. Di KK ketera sewa agak mahal juga, MyVi sehari rm150. Kami bergerak ke Kundasang, sempat melihat Jambatan Tamparuli, merasai kesejukan kaki gunung Kinabalu. Seterusnya bergerak ke ladang Lembu (Kg. New Zealand). Tempat nie luas, tp x dapat melihat lembu dari jarak dekat. disinilah tempat kegemaran anak kami. Sepanjang masa dia menyebut "moo moo moo moo".
Jambatan Tamparuli
Kaki Gunung Kinabalu
Kinabalu Park
Badang Semenanjung, hehe

Moo Moo Moo area
Inilah Keluarga Kami. Moga tahun 2014 bertambah ahlinya.
Kemudian kami check in hotel Kundasang Inn. Hotel nie masih baru. Selepas check in, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kami x mandi manda pun, sekadar berjalan2 dikawasan sekitar, menikmati hidangan yang kami beli dari KK. Kepada mereka yg berminat untuk menginap di hotel nie ketika bercuti ke Kundasang, ini link nya https://www.facebook.com/pages/Kundasang-Inn/333845029967382?ref=ts&fref=ts
Di hadapan Hotel
Setelah penat, kami pulang ke hotel dan berehat. Sebelum itu, kami singgah di pekan kundasang untuk membeli makan malam. di Sabah mereka panggil kepak ayam adalah sayap ayam. Sayap ayam bakar kira makanan yg glamour di Sabah nie. Makanan di kundasang nie mahal gak. Mee goreng saja dah rm5.00. Rasa masakan di kundasang x sedap mana ini berikutan harga bahan mentah yg agak mahal.

Kami menikmatan permandangan malam di kaki Gunung Kinabalu. Cuaca malam disini tidaklah sesejuk di Cameroon Highland, ini kerana angin yg bertiup adalah angin laut China Selatan. Kami berbual dengan ayah kepada tokeh hotel. sungguh ramah, malah baik hati kerana membawa kami berjalan ke ladang cendawan butang. dapat beli dengan harga murah 1kg baru rm5.
Hot poring
Pada keesokan hari, kami akan bergerak pulang. Kami singgah ke Memorial ware yg berada tidak jauh dari hotel. Kemudian, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Rumah Terbalik. fees for entry adalah rm10 per person. Sy membuat keputusan hanya bergambar di kawasan sekitar sahaja, kerana tidak boleh bergambar ketika berada di dalam rumah terbalik. selesai kami bersarapan di cafe rumah terbaik, Kami berjumpa tuan kereta sewa, dan kami di hantar ke lapangan terbang. Oleh kerana flight kami jam 2.15pm jd kami makan dulu KFC di airport. 

Bercuti di KK memang best, seronok menbeli mutiara untuk di jadikan cenderahati. Selain itu, kami membeli, ikan masin, ikan bilis, udang kering, kuih cicin, amplang dan juga rumpai laut. Kalau di izinkan Ilahi, kami akan bercuti lagi ke Sabah, tp kali nie, mungkin akan ke Tawau, Sipandan.

Percutian ini, merapatkan lagi hubungan kami suami isteri disamping di temani anak kami sebagai pelengkap hidup yg Allah Kurniakan. Alhamdulillah selamat pulang ke Selangor.
War Memorial
Rumah Terbalik
Kami pulang







2 comments:

  1. assalamualaikum kak. bole sy dptkan contact number kak. sy nk bercuti ke sabah. tp nk cri hotel yg budget2 jer...n tempat menarik. email kat sy ctsarah.izham@gmail.com

    ReplyDelete