Wednesday 18 January 2012

Perkembangan Si Comelku

melihat anak membesar merupakan satu anugerah terindah. dari saat melahirkan, detik melihat bayiku membuka mata adalah kebahagiaan rumahtangga aku dan suami. hari demi hari satu demi satu perkembangannya dapat ku lihat. semasa dalam pantang lagi, wafiq sudah pandai mengangkat kepalanya. ini menandakan tulang tengkuknya sudah kuat. selain itu sifat semulajadi bayi yang akan mencari2 puting ibunya pabila kehausan membuatkan aku seronok untuk menyusukannya. wafiq boleh dikatakan berani kerana dia tidak menggengam tangan ketika tidur. wafiq juga tidak suka dibedung. walaupun ramai yg bising kerana wafiq tidak di bedung kononnya nanti anak besar jalan kengkang, itu bukanlah matlamat utama bedung. bedung bayi untuk pastikan tidurnya nyenyak seolah2 berada dalam pelukan si ibu. namun begitu anakku lebih selesa tidur tanpa bedung ini mungkin kerana dia mempunya eczema menyebabkan dirinya tidak suka berpeluh.

keseronokkannya ketika mandi, membuatkan sesiapa saja yg mandikannya rasa teruja. ini kerana wafiq tidak takut air. malah akan menangis jika dikeluarkan dari air terlalu awal. cuma wafiq x suka mandi air sejuk. selepas 3 bulan wafiq suka menepuk air mandiannya ketika mandi.

wafiq telah meniarap pada usianya 4 bulan namun begitu, dia tidak meniarap untuk bergerak ke depan mahupun belakang. dia akan menggulingkan dirinya untuk bergerak ke tempat yg ingin ditujunya. ini mungkin kerana wafiq mempunyai berat badan 7 ke 8 kg ketika itu. pada usianya 6 bulan wafiq telah diperkenalkan dengan makanan. aku memberi makan puree sebagai permulaan.menggunakan 4days roles, aku dapati wafiq tidak suka carrot. dan yang paling digemarinya avocado. wafiq juga telah mula merangkak ketika itu.

kini, usia wafiq telah 7 bulan 1 hari n gigi wafiq telah keluar. rasa sangat seronok sebagai umminya setelah melihat gigi pertama anakku. wafiq semakin suka bergurau dan menggigit org.kini sudah pandai mengenyit mata.

ummi doakan anak ummi membesar dengan sihat dan bijak untuk menjadi anak soleh dan berguna pada org tua, agama n bangsa.

aminnn.

Wednesday 4 January 2012

Perancang Keluarga

Bingung? bingung? bingung?
                   
                     Runsing? runsing? runsing?
                              
                                        itulah yg terjadi padaku.

sejak habis nifaz, aku dah di kunjungi cik piet. itu tak jadi masalah. aku x kesah asal susuku masih melimpah untuk putera kesayangan. apa yg merisaukan, paed kat tempat aku dah suruh amik noriday pill. aku pun mula mengambil. makan setiap malam. tp cik pied nie datang cuma setompok saja sebulan. lepas tiga bulan, aku mencuba MAB iaitu makjun anggun bestari,pada bulan tu cik pied datang 2 kali. pertama cuma setompok. yg kedua piet normal, 5hari. lepas aku cuba stop MAB. aku makan noriday saja, langsung cik piet x datang. nie dah 2 bulan. runsing hati ini. xkan praggy lagi????? rasanya tidak kot. so aku makan balik MAB nie. stakat nie blum ada datang cik piet. paed kat tempat aku dah suruh tukar pill. dia x bagi amik noriday lagi. aku compius nak amik apa. so aku pun cari info dalam internet.

sy kongsikan dengan anda apa yg telah sy baca. dan ini linknya http://www.scribd.com/doc/21595628/Perancang-Keluarga

so aku ingat lepas nie nak amik injection setiap 3 bulan. bila Wafiq dah berusia 2tahun bari stop tuk berusaha bagi adik pada wafiq.




Tuesday 3 January 2012

Majlis Berendoi Putera KAMI, AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL

SYUKUR ke hadrat ILAHI,

akhirnya, setelah membuat persediaan yg terperinci, ummi berjaya membuat majlis AQIQAH & BERENDOI Wafiq seperti yg ummi n ayah rancang pada 26 NOVEMBER 2011. Pada awalnya, kami hanya ingin menumpang majlis kahwin kakak suamiku bagi lebih menjimatkan kos. Tp apakan daya, perkahwinannya di tunda pada saat akhir. Terpaksalah ummi n ayah berusaha lebih bagi meneruskan hajat kami untuk majlis putera tercinta. Selamat ummi mempunyai org2 yg sangat supportive n membantu iaitu, wan n ahli keluarga ummi. untung wafiq.

Pertama sekali, ummi menyediakan senarai semak untuk pastikan semua benda berjalan lancar. Pelamin n buai wafiq yg mana deco baru dari ummi khas 2012 untuk AMMAAR BABYKU BERENDOI. di rasmikan oleh wafiq. Kad jemputan, buatan tangan bagi lebih jimat kos, ia agak penting sebab majlis diadakan dirumah nenek wafiq di sepang, jd ramai teman2 tak tahu tempatnya. Seterusnya, goodies bag. ummi buat dengan budget sederhana menggunakan paper bag goreng pisang saja. isinya bun, yassin, buah n muruku. Bunga telur n pewangi gantung di taja oleh, acu n wan wafiq. Dessert majlis ditaja oleh alang wafiq.

Makanan untuk majlis tersebut telah dimasak bergotong royong oleh org kampong n ahli keluarga suamiku. Syukur, daging aqiqah kambing 2 ekor serta lauk pauk lain habis. sangat gembira majlis berjalan dengan lancar. badan tentulah penat. putera ummi pun penat n keletihan tp seronok kelihatan di wajahnya.

kad jemputan majlis wafiq
si tompok wafiq
si putih wafiq

pelamin berendoi wafiq
putera KAMI Ammaar Wafiq Munsif B. Faisal
ummi buai wafiq
senyum sayang
pusing sayang. jangan pening yer
wafiq berselawat bersama ayah
nekcu, sini ada rambut lagi
wan, aye dah mandi lah
sepupu wafiq sebelah ummi
sepupu wafiq sebelah ayah