Tuesday, 26 April 2011

Jualan Penghabisan Stock Pureen

Tahun nie PUREEN adakan jualan penghabisan stok pada 23 n 24 April 2011. Oleh kerana nak tahu situasi jualan nie macam mana, jd kami suami isteri pun sepakat tuk pergi n tambah barang2 bayi yang mane patut d tambah.

Orang? , jangan d tanya. dah semestinyer ramai. Jalan jam tak teruk sangat. Tp parking jauh ler tuk kebaikan. Beratur tuk bayar jer dah makan masa 2 jam. Harga boleh tahan murah. tp sangat penat sebab sesak n panas. x bli banyak pun. adalah koleksi pakaian n barang mandian.




Tuesday, 19 April 2011

BULAN MADU LANGKAWI

Sempena nak jalan bulan madu tuk anniversary yang pertama, teringat plak kenangan bulan madu pertama kami selepas sah bergelar suami isteri.

WELCOME TO LANGKAWI


Inilah lambang kemegahan langkawi "HELANG MERAH". Pada mulanya, kami x merancang untuk ke Langkawi, tp selepas majlis perkahwinan kami selesai n bajet masih berbaki. Kami pun baru terfikir tuk berbulan madu. pk punye pk, akhirnya muktamad jalan LANGKAWI. Masing2 pernah sampai langkawi sebelum ini, jd ini lebih memudahkan kami untuk melawat tempat2 terpilih n menarik sahaja.


Seronok berjalan ngan suami x sama ngan keluarga. Jadi x menyesal memilih Langkawi tuk berbulan madu. Rasa lebih selamat sebab dah tahu jalan d Langkawi. Kami sewa kereta tuk pusing2 pulau. Sehari cuma charge RM50 wira auto, menarik kan. Yang menjadikan kenangan lebih menarik, pada malam terakhir, kami jalan pasar malam n minyak dah menyala. So p pekan tuk isi minyak namun x sempat sampai d petrol pump, enjin dah mati. Hanya kira2 50m jer dari petrol pump. Apa lagi kenangan menolak kereta ketika bulan madu.


 Nie rusa yang jinak. xde cas masuk. 
Cuma beli makanan rusa RM2.

Pantai Chenang sebagai saksi.

Pulau Dayang Bunting ;)




   Gunung tertinggi d Langkawi. Nice view.   
 Perlu naik kereta kabel dulu.

  
Duk makan Mihun Sup UTARA n Laksa  KEDAH.
 masyuk lazat.


Kami menghabiskan masa bercuti ke Langkawi selama 4h3m. 2 malam kami menginap d MALIBES pantai chenang. Ok. Puas ati condition nyer. Toilet pun ok n 1 malam kami menginap d D BARON pekan kuah. D BARON adalah hotel paling baru sewaktu kami sampai. Baru rasmi 2 bulan klu x silap. Siap provided with breakfast. bilik sea view lagi. Kopak juga lah shopping chocolate n souvenir tuk family n rakan2.  


WE LOVED THIS MEMORIES.
HOPE WE CAN BRING OUR SON N DAUGHTER TO THIS PLACE NEXT TIME.


Wednesday, 13 April 2011

Ingat-ingatan


Sebagai muslim sejati, kt perlulah memulakan  perlakuan n perbuatan kt dengan membaca BISMILLAH. agar segala kerja yang dilakukan d redhai ALLAH n berjalan dengan lancar. selalulah kt ingat mengingati agar berkat hidup d dunia n akhirat.

Tuesday, 12 April 2011

Pengalaman Menjadi Ibu Ketika Belajar

Pengalaman naik ke JINJANG PELAMIN merupakan pengalaman yang x dapat d lupakan oleh semua wanita d dunia. namun membuat keputusan untuk berumahtangga ketika masih belajar bukanlah benda yang mudah, banyak tentangan n halangan yang perlu d tempuhi. Alhamdulillah, berkat restu n doa keluarga n rakan taulan, akhirnya termeterailah satu ikatan yang x mampu dipisahkan antara kami melainkan kuasa ALLAH yang maha esa pd tanggal 4 jun 2010. Itulah tarikh keramat antara sy n suami tercinta. 

Walaupun perbezaan umur yang besar antara kami (4 tahun) namun kami mudah untuk memahami antara satu sama lain. Sejarah perkenalan ketika bersekolah d SMK Telok Datok, Banting sekadar mengenali aku junior n kau senior. namun mungkin ini yg d katakan jodoh, kami bertemu kembali selepas sy habis diploma n suami habis degree. Ikatan pertunangan kami d setujui oleh kedua2 keluarga selama 1tahun stgh kerana sy masih membuat degree d UiTM. Sy membuat keputusan untuk menyambung pengajian sy ke peringkat master n suami sy sangat menyokong keputusan sy. 

Bersyukur ke hadrat ilahi, kami hanya mampu merancang hanya tuhan yang menentukan. Sy sah mengandung selepas 3 bulan perkahwinan. Inilah yang d katakan rezeki. Skarang usia kandungan sy 7 bulan 2 minggu. Sy tidak pernah mengalami sebarang mabuk atau mual. sy hanya sekadar hilang selera makan sehingga 3 bulan kandungan. Pada usia kandungan 4 bulan, selera makan sy kembali normal. Sy melakukan researh sy seperti biasa, tiada sebarang masalah untuk tidur. cuma pernah mengalami kurang darah. Inilah rezeki menjadi ibu ketika belajar, ALLAH permudahkan segala urusan untuk sy dan bayi.

Sy berniat tuk buat part time business online sementara sy mengambil cuti semester ketika berpantang nanti. D harap perniagaan sy mendapat sambutan. Bukan untuk kaya, sekadar mencari pendapatan lebih untuk bayi.

Nasihat sy untuk adik2 yang ingin berkahwin, pastikan anda mendapat restu keluarga n sahabat2. Jangan melakukan kejahatan kerana, kejahatan itu akan d bayar cash d dunia.