Wednesday, 21 March 2012

Penjaga Untuk Anak Anda

Lately macam2 cerita n berita mengenai rumah asuhan kanak2. naik seram di buatnya jika itu yang berlaku kepada anak2 kt. anak2 terlalu kecil untuk mengadu apa yang berlaku pada dirinya sepanjang hari berada di rumah asuhan. manakala penjaga rumah asuhan juga tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka juga dibebani dengan pelbagai kerenah n ragam anak2 dan kadang2 turut dibebani dengan ragam ibu bapa anak tersebut. sebagai contoh, anak yang demam sepatutnya dijaga oleh ibu bapanya sendiri di rumah bagi mengelakkan deman ini berjangjit kepada anak2 asuhan yang lain, namun ada segelintir ibu bapa terlalu mengutamakan kerja atau mempunyai tugas yang tidak dapat dielekkan mengakibatkan mereka terlupa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyerahkan kepada penjaga rumah asuhan. sebagai contoh, anak2 yg mati akibat tersedak susu baru2 ini. bukanlah salah rumah asuhan semata2 kerana anak2 tersebut sedang deman dan masih di hantar ke rumah asuhan.kebanyakkan anak yang tudak sihat selalunya agak meragam n merenget, ini akan membebankan penjaga rumah asuhan kerana anak2 yang demam selalunya ingin dokong atau di pangku selalu. inilah fenomina rumah asuhan kanak-kanak.

 http://www.bharian.com.my/articles/Duabayimatitersedaksusudipusatasuhan/Article/

Bagaimana puna fenomina antar ke rumah pengasuh tanpa tauliah atau dipanggil rumah babysitter? adakah selamat? pernah berlaku penjaga tidurkan anak jagaannay, kemudian memesan pada jiran sebelah rumah supaya dengar2kan jika anak asuhan nangis tolong telefon dia segera kerana dia ingin ke kedai membeli kelapa. bayangkanlah jika bayi terjaga dari tidur dan merasa dirinya keseorangan, dia akan menangis atau ada segelintir yg tidak nangis tp merayau2 mencari org. jika anak ini masuk ke tandas bukankah boleh mendatangkan bahaya? jika ditidurkan dalam buaian, bukankah boleh jatuh jika menggeliat berlebihan. org kata malang itu tidak berbau.
Dalam majalah Pa&Ma ada slot memberi tips untuk mencari rumah asuhan yang baik untuk anak2, dari situ anda boleh mendapat sedikit info berguna untuk dijadikan pedonam. Pada pendapat saya carilah org yang paling hanpir dan paling boleh dipercayai untuk menjaga anak2 kt. menjaga demi sayangkan kt n anak kt bukan kerana inginkan upah yang ditunggu2 setiap hujung bulan. anak umpama kain putih, bekalkan barang mainan yang baik di samping bahan pelajaran yang dapat membantu perkembangan minda anak2 kt. 

Saya bersyukur kerana ibu saya nak menjaga sendiri cucunya. walaupun rasa malu sebab masih menumpang di rumah ibu wapaupun sudah berkahwin tp saya ketepikan keinginan untuk memiliki rumah sendiri sehingga anak saya sudah pandai berdikari. barulah saya percaya untuk menghantar ke taska atau nursery. kerana dia pasti akan bercerita apa yang berlaku sepanjang hari jika ditanya nanti.