Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI, pada 17 jun 2011 sy berjaya melahirkan seorg putera dengan selamatnya.
Sy telah disahkan mengandung pada bulan Oktober 2010. Sy pada mulanya agak tidak percaya kerana kami sekadar cuba nasib saja. tp x sangka berjaya. syukur. pada awal kehamilan iaitu usia kandungan masih belum sebulan, sy kerap pening kepala yg teruk, rasa badan macam nak demam. Oleh yg demikian, suami sangat kuatir yg sy akan mabuk teruk, tambahan pula sy sedang sibuk membuat research. Jadi suami terus melihat internet mengenai produk kesihatan untuk wanita hamil. Akhirnya suami membelikan sy produk salindah. sy mengamalkan produk ini sejak usia kandungan 3 bulan. syukur sekali lagi, sy tidak mengalami mabuk, pening dan muntah sepanjang hamil. malah sy sangat aktif n lasak. Selain mengamalkan salindah, suami juga telah membeli produk makanan HOMEOLAB iaitu examokid, minum soya, air kelapa, ini semua untuk kandungan sy., selalu mengaji dan mendengar ceramah agama sekerap yang mungkin.
Sy d jangka akan bersalin oleh DR. pada 23 Jun 2011, namun begitu, sy tetap menjangkakan yg sy akan melahirkan anak kami lebih awal dari tarikh tersebut. Akhirnya, pada Subuh 17 Jun 2011 (hari Jumaat) sy telah keluar tanda darah. Pada awalnya tiada sebarang rasa sakit, jd sy telah menyuruh suami pergi kerja seperti biasa. Selamat kami tinggal bersama family sy. Jadi ibu telah menyediakan kelengkapan untuk ke hospital selain bag pakaian sy n bayi yg telah sy sediakan lebih awal, sejak usia kandungan 6 bulan. Selepas solat Jumaat, baru kami bertolak ke Hospital. Sy n Suami memilih Hospital Serdang kerana ia antara hospital terbaru n dekat dengan rumah. sangkaaan sy sangat meleset apabila sy mengalami beberapa peristiwa pahit d sana.
Setiba sy d sana, sy telah mendaftar n sy telah d cek oleh DR. pelatih perempuan. Bukaan sy telah 3cm. Rasa sangat sakit ketika DR. cek bukaan. pd fikiran sy begini kot rasanya jika d rogol. Mengalir air mata sy ketika itu. setengah jam kemudian sy d cek semula oleh DR. sebenar, mengalir lagi air mata sy. Kini bukaan sy telah 4cm. DR. mendapati air ketuban sy banyak, jd sy akan ditolak masuk ke labour room untuk pecahkan ketuban sy.Oleh kerana labour room penuh, jd sy d minta menunggu seperti yg lain. Sy d suruh duduk d tempat menunggu bersama ahli keluarga. Tanpa memberi pakaian hospital, sy telah menunggu sehingga jam 8 mlm. darah telah penuh pd kain batik yg sy guna. Akhirnya, suami terus bertanya pd kaunter, sampai bila sy perlu menunggu, n mereka menjawab pukul 9 mlm baru ada labour room kosong. Sy yg sudah tidak tahan kesakitan, jd suami meminta nurse memberi katil untuk sy berehat. Barulah sy d beri pakaian n berehat d katil. Pada mulanya, sy menahan segala kesakitan itu sambil membaca ayat2 terpuji al-Quran, lama kemudian sy terfikir, jika terus menahan sakit sampai bila pun sy x bersalin. Jadi sy membuat keputusan untuk meneran pabila sakit datang. Air ketuban sy pecah sendiri. Barulah DR. ambil tahu mengenai sy. Bukaan sy sudah 9cm. Sy d tolak ke labour room dan d temani oleh suami. Sy masuk labour room pada jam 10.15 mlm n bayi kami selamat dlahirkan pada jam 10.41mlm. syukur. mudah saya meneran. Sy d jahit n bidan sy mendapati ada kebocoran jahitan. akhirnya, seorg DR. pelatih perempuan mencari punca kebocoran jahitan n mendapati luka sy koyak d hadapan. Sy tidak mengalami koyak belakang. Oleh kerana sukar untuk menjahitnya, DR. tersebut memanggil beberapa org DR. dan sy telah d jahit oleh DR. lelaki, perasaan teramatlah sakit d samping lubang kencing sy d masukkan tiub untuk mengelakkan tertutup lubang tersebut ketika menjahit. Sy kesakitan sehingga marah2kan DR. tersebut. Sy keluar dr labour room pd jam 1.30pg.
Setelah sy keluar labour room, sy d tempatkan d wad transit. Pelawat x boleh masuk. Jd sy terpaksa dukung bayi sy untuk tunjukkan pada suami n mengambil gambar. Sy turun saja dari katil, darah keluar dan meleleh ke lantai dengan banyak nyer. Jadi sy suruh suami mencari nurse, sy d pimpin ke tandas untuk menukar pad namun keadaan lebih rumit apabila sy pitam d tandas. Selamat ada nurse meneman sy ketika itu. Dalam keadaan sy kehilangan banyak darah, keadaan tandas turut menyebabkan sy pitam. tandas sangat kotor. Darah n pad bersepah. pakaian hospital yang d penuhi darah bertimbun dalam tandas. nauzubillah.
Apapun sy sangat berterima kasih pd nurse n guard perempuan yg telah membantu sy untuk ke tandas. memang sangat terhutang budi. Keesokannyer hari sabtu, sy d suruh kencing sebelum d benarkan keluar hospital. Kencing sy bercampur darah. Sy d minta kencing sehingga tiada campuran darah dan sy d benarkan pulang pd jam 9 mlm.
Inilah pengalaman sy untuk bersalin. Sy bayangkan khidmat yang lebih baik d bandingkan hospital Klang, namun hampir sama saja situasi nyer. Terlalu ramai org yang nak bersalin sehingga kebajikan pesakit kurang d jaga. Bg sy Hospital Serdang d wartakan sebagai hospital rakan bayi hanya sekadar, membenarkan suami masuk ke labour room n mengajar bayi menyusu badan sebaik saja d lahirkan. Namun begitu sy berterima kasih kepada anggota hospital yg telah membantu sy melahirkan bayi kami dengan selamat n sihat. Syukur padamu ALLAH yang maha agong.
Buah Hati Ummi & Ayah (AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL)
No comments:
Post a Comment