Sehabisnya pantangku 44 hari, aku bermula berpuasa seperti umat islam yang lain. Bulan Ramadhan 2011 di tempuh dengan penuh mencabar kerana aku berpuasa disamping menyusukan putera kesayangan kami. Syukur, puasa tidak membataskan penyusuanku terhadap bayi kami malah susuku sangat meriah, mungkin ini berkat ibadah puasaku disamping mengamalkan makan kurma, susu dan semua makanan berkhasiat yang aku amalkan.
Ku bayangkan puasaku tahun ini akan penuh, namun x disangka cik pietku datang awal, selepas 55 hari bersalin. kerisauan tetap ada, oleh itu langkah berjaga2 telah diambil. Tempoh berpuasa dirasakan sangat seronok kerana inilah masanya membalas dendam setelah 44 hari berpantang. Segala juadah ingin dimakan walhal makannyer tidak seberapa.
Oleh kerana sangat teruja untuk meraikan aidilfirti bersama putera pertama kami, aku telah mengait kopiah untuk nya dan ayahnya. hehe. berjaya juga hasil tanganku. Ramai yang tergelak melihat kopiah yg ku buat tp mereka tabik padaku sebab berjaya menghasilkannya. Tema kami raya 2011 ini warna ungu. bajuku hasil membeli belah di bandung dulu. Aku tempah baju kurung pahang menyusu bukaan depan di bling bubies. agak selesa juga hasil jahitannya.
Di malam raya aku berada di rumah mertua di Bukit Bangkong, Sepang. tahun ini lebih riuh di rumah mertuaku kerana aku baru menghadiahkan cucu, kedua, adik iparku dari johor berserta suami dan anaknya turut ada. Jadi tahun ini semua adik beradik suamiku berkumpul.
Petang raya, keluargaku beraya dirumah mertuaku dan kami terus bertolak beraya di Kampung Nenek ku di Hutan Percha, Melaka. memang kebiasaannya, keluarga ibuku akan berkumpul di petang raya dan konvoi beraya pada raya kedua. memang letih bila berjalan bersama anak kecil, Wafiq juga tidak selesa kerana sakit badan2nya asik di dukung. tp seronok beraya aku kenalah senyum dan melayan kerenah bujangku ini.
Agak lama aku berada di kampung, lebih kurang 4 hari, ini kerana aku sudah hampir setahun tidak menjenguk saudara mara di kampung.agak banyak juga duit raya yang Wafiq dapatwalaupun baru berusia 2 bulan.
Seronok campur letihmelihat telatah sepupuku, pakcik n makcik saudaraku. tp hati ini penuh kesyukuran kerana ALLAH memberi aku kesempatan beraya disamping keluarga tercinta.
Keluarga Bahagia |
Wafiq bersama nenek |
Keluargaku N k.cik beraya umah mertuaku |
Wafiq berehat sambil ummi n ayah menjamu selera |
Wafiq bersama wan, alang n ummi pergi beraya |
No comments:
Post a Comment