Tuesday, 3 January 2012

Majlis Berendoi Putera KAMI, AMMAAR WAFIQ MUNSIF B. FAISAL

SYUKUR ke hadrat ILAHI,

akhirnya, setelah membuat persediaan yg terperinci, ummi berjaya membuat majlis AQIQAH & BERENDOI Wafiq seperti yg ummi n ayah rancang pada 26 NOVEMBER 2011. Pada awalnya, kami hanya ingin menumpang majlis kahwin kakak suamiku bagi lebih menjimatkan kos. Tp apakan daya, perkahwinannya di tunda pada saat akhir. Terpaksalah ummi n ayah berusaha lebih bagi meneruskan hajat kami untuk majlis putera tercinta. Selamat ummi mempunyai org2 yg sangat supportive n membantu iaitu, wan n ahli keluarga ummi. untung wafiq.

Pertama sekali, ummi menyediakan senarai semak untuk pastikan semua benda berjalan lancar. Pelamin n buai wafiq yg mana deco baru dari ummi khas 2012 untuk AMMAAR BABYKU BERENDOI. di rasmikan oleh wafiq. Kad jemputan, buatan tangan bagi lebih jimat kos, ia agak penting sebab majlis diadakan dirumah nenek wafiq di sepang, jd ramai teman2 tak tahu tempatnya. Seterusnya, goodies bag. ummi buat dengan budget sederhana menggunakan paper bag goreng pisang saja. isinya bun, yassin, buah n muruku. Bunga telur n pewangi gantung di taja oleh, acu n wan wafiq. Dessert majlis ditaja oleh alang wafiq.

Makanan untuk majlis tersebut telah dimasak bergotong royong oleh org kampong n ahli keluarga suamiku. Syukur, daging aqiqah kambing 2 ekor serta lauk pauk lain habis. sangat gembira majlis berjalan dengan lancar. badan tentulah penat. putera ummi pun penat n keletihan tp seronok kelihatan di wajahnya.

kad jemputan majlis wafiq
si tompok wafiq
si putih wafiq

pelamin berendoi wafiq
putera KAMI Ammaar Wafiq Munsif B. Faisal
ummi buai wafiq
senyum sayang
pusing sayang. jangan pening yer
wafiq berselawat bersama ayah
nekcu, sini ada rambut lagi
wan, aye dah mandi lah
sepupu wafiq sebelah ummi
sepupu wafiq sebelah ayah

1 comment:

  1. bila lihat balik post majlis berendoi wafiq nie, rasa teringin pula nak mengandung lagi, cuma setakat nie mengingatkan diri yg master ummi belum siap lagi. insyallah dalam bulan 5 bolehlah mula berusaha untuk dapatkan adik for wafiq.
    moga ALLAH permudahkan urusan ummi & ayah wafiq. murahkan rezeki hambanya ini, permudahkan urusan dunia, permudahkan kami suami istri mendidik anak kami menjadi anak soleh solehah.

    ReplyDelete