Bersyukur kepada ILAHI kerana masih mengurniakan ikatan perkahwinan ini hingga ke hari ini. Tahun ini merupakan tahun kedua perkahwinan KAMI. Jadi kami decide untuk berbulan madu buat kali ke-3 di SABAH.
|
Tak sabar untuk berjalan2 |
|
Wafiq menaiki kapal terbang buat kali pertama |
Menaiki Air Asia, hasil membeli tiket ketika promo tahun lepas. Kami tiga beranak terbang pada 6/10/2012 pada jam 1630. Setibanya dia Kota Kinabalu, sahabatku Nourfatihah Suhaili telah menunggu kami. Beliau telah membawa kami makan di tanjung lipat. Makanan di sini sedap dan harga pun agak mahal dari semenanjung. Selepas itu,sahabatku menghantar kami ke hotel budget yg telah kami tempah awal. A&J budget hotel. hotel ini berada betul2 di depan pasar Philippine. Oleh kerana sangat letih, kami terus tidur.
|
Kami tiba di Lapangan Terbang KK, dah malam |
|
Inilah kawanku yg menyambut kehadiran kami di bumi Sabah |
Pada keesokkan harinya, kami berjalan ke Pasar Gayah pada jam 0730. Kami berjalan kaki saja, x jauh sangat cuma dalam 15min dari hotel. Di sini terdapat pelbagai barang jualan. Kami juga membeli makanan untuk dibawa ke pulau. Selepas penat shopping makanan, kami berjalan kaki ke jeti. Di Jeti kami membeli tiket ke Pulau Manukan dan menyewa life jacket serta goggle. Perjalanan menaiki boat ke pulau memakan masa dalam 30 minutes, sempatlah wafiq tido pabila dipukul ombak. Permandangan pulau pun boleh tahan cantik. Setelah penat berenang dan menyelam, kami pulang ke KK. Kami membeli makan petang bersebelahan pasar Philippine. Pada sebelah malam, kami makan ikan bakar,ketam bakar dan udang bakar di situ. Harga boleh tahan. Selepas kengang, kami berjalan di pasar yg berada di sekitar hotel.
|
Pasar buah KK |
|
di Pasar Gayah |
|
Anak ummi x sabar nak menyelam |
|
Permandangan Pulau Manukan |
|
Manukan, we are here |
|
Sekitar tepi laut KK |
Keesokan harinya, kami telah menyewa kereta. Di KK ketera sewa agak mahal juga, MyVi sehari rm150. Kami bergerak ke Kundasang, sempat melihat Jambatan Tamparuli, merasai kesejukan kaki gunung Kinabalu. Seterusnya bergerak ke ladang Lembu (Kg. New Zealand). Tempat nie luas, tp x dapat melihat lembu dari jarak dekat. disinilah tempat kegemaran anak kami. Sepanjang masa dia menyebut "moo moo moo moo".
|
Jambatan Tamparuli |
|
Kaki Gunung Kinabalu |
|
Kinabalu Park |
|
Badang Semenanjung, hehe |
|
|
Moo Moo Moo area |
|
Inilah Keluarga Kami. Moga tahun 2014 bertambah ahlinya. |
Kemudian kami check in hotel Kundasang Inn. Hotel nie masih baru. Selepas check in, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kami x mandi manda pun, sekadar berjalan2 dikawasan sekitar, menikmati hidangan yang kami beli dari KK. Kepada mereka yg berminat untuk menginap di hotel nie ketika bercuti ke Kundasang, ini link nya
https://www.facebook.com/pages/Kundasang-Inn/333845029967382?ref=ts&fref=ts
|
Di hadapan Hotel |
Setelah penat, kami pulang ke hotel dan berehat. Sebelum itu, kami
singgah di pekan kundasang untuk membeli makan malam. di Sabah mereka
panggil kepak ayam adalah sayap ayam. Sayap ayam bakar kira makanan yg
glamour di Sabah nie. Makanan di kundasang nie mahal gak. Mee goreng
saja dah rm5.00. Rasa masakan di kundasang x sedap mana ini berikutan
harga bahan mentah yg agak mahal.
Kami menikmatan permandangan malam di kaki Gunung Kinabalu. Cuaca malam
disini tidaklah sesejuk di Cameroon Highland, ini kerana angin yg
bertiup adalah angin laut China Selatan. Kami berbual dengan ayah kepada
tokeh hotel. sungguh ramah, malah baik hati kerana membawa kami
berjalan ke ladang cendawan butang. dapat beli dengan harga murah 1kg
baru rm5.
|
Hot poring |
Pada keesokan hari, kami akan bergerak
pulang. Kami singgah ke Memorial ware yg berada tidak jauh dari hotel.
Kemudian, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Rumah Terbalik. fees
for entry adalah rm10 per person. Sy membuat keputusan hanya bergambar
di kawasan sekitar sahaja, kerana tidak boleh bergambar ketika berada di
dalam rumah terbalik. selesai kami bersarapan di cafe rumah terbaik,
Kami berjumpa tuan kereta sewa, dan kami di hantar ke lapangan terbang.
Oleh kerana flight kami jam 2.15pm jd kami makan dulu KFC di airport.
Bercuti
di KK memang best, seronok menbeli mutiara untuk di jadikan
cenderahati. Selain itu, kami membeli, ikan masin, ikan bilis, udang
kering, kuih cicin, amplang dan juga rumpai laut. Kalau di izinkan
Ilahi, kami akan bercuti lagi ke Sabah, tp kali nie, mungkin akan ke
Tawau, Sipandan.
Percutian
ini, merapatkan lagi hubungan kami suami isteri disamping di temani
anak kami sebagai pelengkap hidup yg Allah Kurniakan. Alhamdulillah
selamat pulang ke Selangor.
|
War Memorial |
|
Rumah Terbalik |
|
Kami pulang |
assalamualaikum kak. bole sy dptkan contact number kak. sy nk bercuti ke sabah. tp nk cri hotel yg budget2 jer...n tempat menarik. email kat sy ctsarah.izham@gmail.com
ReplyDeleteHai byk htel budget kt kk
Delete