Monday 31 December 2012

Akhiri 2012 dengan Mandi Manda d Sg. Congkak, Hulu Langat

Mandi manda di sg. congkak, hulu langat adalah aktiviti terakhir untuk 2012. Sebenarnya, kami pun x plan untuk mandi manda. secara x sengaja, kami memang hendak ke hulu langat atas urusan Ammaar Babyku Berendoi, jd alang2 dah lalu, kami pun siapkanlah bekalan makanan dan pakaian.


Bekalan kami

Wafiq juga turut membantu. rajin anak ummi nie


Yes, jumpa port baik nyer

Sungguh x sangka Wafiq sangat suka mandi sungai, walau pun dah pucat bibir, dah ketar bibir namun dia tetap nak mandi. xmo salin baju. kira2 1 jam jugalah si kecik nie mandi. Seronok x terhingga kami melihat gelagat Wafiq. Jika ada rezeki, kt  mandi lagi yer nak.



Thursday 27 December 2012

Bulan Madu ke KOTA KINABALU, KUNDASANG, SABAH

Bersyukur kepada ILAHI kerana masih mengurniakan ikatan perkahwinan ini hingga ke hari ini. Tahun ini merupakan tahun kedua perkahwinan KAMI. Jadi kami decide untuk berbulan madu buat kali ke-3 di SABAH.
Tak sabar untuk berjalan2
Wafiq menaiki kapal terbang buat kali pertama
Menaiki Air Asia, hasil membeli tiket ketika promo tahun lepas. Kami tiga beranak terbang pada 6/10/2012 pada jam 1630. Setibanya dia Kota Kinabalu, sahabatku Nourfatihah Suhaili telah menunggu kami. Beliau telah membawa kami makan di tanjung lipat. Makanan di sini sedap dan harga pun agak mahal dari semenanjung. Selepas itu,sahabatku menghantar kami ke hotel budget yg telah kami tempah awal. A&J budget hotel. hotel ini berada betul2 di depan pasar Philippine. Oleh kerana sangat letih, kami terus tidur.

Kami tiba di Lapangan Terbang KK, dah malam
Inilah kawanku yg menyambut kehadiran kami di bumi Sabah
Pada keesokkan harinya, kami berjalan ke Pasar Gayah pada jam 0730. Kami berjalan kaki saja, x jauh sangat cuma dalam 15min dari hotel. Di sini terdapat pelbagai barang jualan. Kami juga membeli makanan untuk dibawa ke pulau. Selepas penat shopping makanan, kami berjalan kaki ke jeti. Di Jeti kami membeli tiket ke Pulau Manukan dan menyewa life jacket serta goggle. Perjalanan menaiki boat ke pulau memakan masa dalam 30 minutes, sempatlah wafiq tido pabila dipukul ombak. Permandangan pulau pun boleh tahan cantik. Setelah penat berenang dan menyelam, kami pulang ke KK. Kami membeli makan petang bersebelahan pasar Philippine. Pada sebelah malam, kami makan ikan bakar,ketam bakar dan udang bakar di situ. Harga boleh tahan. Selepas kengang, kami berjalan di pasar yg berada di sekitar hotel.
Pasar buah KK
di Pasar Gayah
Anak ummi x sabar nak menyelam
Permandangan Pulau Manukan
Manukan, we are here
Sekitar tepi laut KK
Keesokan harinya, kami telah menyewa kereta. Di KK ketera sewa agak mahal juga, MyVi sehari rm150. Kami bergerak ke Kundasang, sempat melihat Jambatan Tamparuli, merasai kesejukan kaki gunung Kinabalu. Seterusnya bergerak ke ladang Lembu (Kg. New Zealand). Tempat nie luas, tp x dapat melihat lembu dari jarak dekat. disinilah tempat kegemaran anak kami. Sepanjang masa dia menyebut "moo moo moo moo".
Jambatan Tamparuli
Kaki Gunung Kinabalu
Kinabalu Park
Badang Semenanjung, hehe

Moo Moo Moo area
Inilah Keluarga Kami. Moga tahun 2014 bertambah ahlinya.
Kemudian kami check in hotel Kundasang Inn. Hotel nie masih baru. Selepas check in, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Kami x mandi manda pun, sekadar berjalan2 dikawasan sekitar, menikmati hidangan yang kami beli dari KK. Kepada mereka yg berminat untuk menginap di hotel nie ketika bercuti ke Kundasang, ini link nya https://www.facebook.com/pages/Kundasang-Inn/333845029967382?ref=ts&fref=ts
Di hadapan Hotel
Setelah penat, kami pulang ke hotel dan berehat. Sebelum itu, kami singgah di pekan kundasang untuk membeli makan malam. di Sabah mereka panggil kepak ayam adalah sayap ayam. Sayap ayam bakar kira makanan yg glamour di Sabah nie. Makanan di kundasang nie mahal gak. Mee goreng saja dah rm5.00. Rasa masakan di kundasang x sedap mana ini berikutan harga bahan mentah yg agak mahal.

Kami menikmatan permandangan malam di kaki Gunung Kinabalu. Cuaca malam disini tidaklah sesejuk di Cameroon Highland, ini kerana angin yg bertiup adalah angin laut China Selatan. Kami berbual dengan ayah kepada tokeh hotel. sungguh ramah, malah baik hati kerana membawa kami berjalan ke ladang cendawan butang. dapat beli dengan harga murah 1kg baru rm5.
Hot poring
Pada keesokan hari, kami akan bergerak pulang. Kami singgah ke Memorial ware yg berada tidak jauh dari hotel. Kemudian, dalam perjalanan pulang kami singgah ke Rumah Terbalik. fees for entry adalah rm10 per person. Sy membuat keputusan hanya bergambar di kawasan sekitar sahaja, kerana tidak boleh bergambar ketika berada di dalam rumah terbalik. selesai kami bersarapan di cafe rumah terbaik, Kami berjumpa tuan kereta sewa, dan kami di hantar ke lapangan terbang. Oleh kerana flight kami jam 2.15pm jd kami makan dulu KFC di airport. 

Bercuti di KK memang best, seronok menbeli mutiara untuk di jadikan cenderahati. Selain itu, kami membeli, ikan masin, ikan bilis, udang kering, kuih cicin, amplang dan juga rumpai laut. Kalau di izinkan Ilahi, kami akan bercuti lagi ke Sabah, tp kali nie, mungkin akan ke Tawau, Sipandan.

Percutian ini, merapatkan lagi hubungan kami suami isteri disamping di temani anak kami sebagai pelengkap hidup yg Allah Kurniakan. Alhamdulillah selamat pulang ke Selangor.
War Memorial
Rumah Terbalik
Kami pulang







Wednesday 26 December 2012

Buaian Berendoi 2013

Buaian Berendoi dari Ammaar Babyku Berendoi.

Pada 2013 ini Kami mengubah deco kami kepada lebih Childish berikutan dari beberapa org yg memberi cadangan yg memberangsangkan. terima kasih kerana sudi memberi cadangan dan komen agar Ammaar Babyku Berendoi dapat berkembang lebih maju di masa hadapan. Kini buaian ini di beri nama AFFORDABLE CRADLE dengan harga basis rm280. Penambahan harga berikutan cas pengankutan mengikut kawasan, penukaran bakul kepada bakul besar, penukaran bunga sisi besar dan penambahan backdrop.

Affordable Cradle basis price rm280
The Best Model and Inspiration for Ammaar Babyku Berendoi which is Ammaar Wafiq Munsif Bin Faisal
Decoration
Spattering Set
Just adding rm20 for big basket
can fit 2 babies

Ammaar Babyku Berendoi juga telah menambah 1 set buaian berbentuk lengkung seperti Cinderella dan masih dalam process deco. Buaian baru kami di beri nama Deluxe Cradle.

Deluxe cradle will be upload soon

Harga kami boleh dirunding, terutama sekali kepada mereka yg telah menggunakan perkhidmatan kami lebih dari sekali.

jangan malu dan segan untuk lihat facebook kami atau sms/call 0192442761

https://www.facebook.com/ammaar.babykuberendoi

Saturday 3 November 2012

PARI BAKAR SPECIAL

Hai, ini kali pertama saya nak kongsikan kemahiran memasak saya, PARI BAKAR SPECIAL.

Bahan-bahannya:-
Ikan pari-separuh (besar dua tapak tangan)
bawang besar-1 ulas
halia-sebesar ibu jari
bawang putih-2 ulas
paste tomyam- 1 packet
garam-setengah sudu teh
minyak-1sudu gula

Cara-cara memasak:-
basuh ikan pari dengan air asam jawa dan garam.
blend semua bahan termasuk paste tomyam dan minyak.
gaul rata semua bahan pada ikan pari.
letak daun pisang dan balutkan ikan pari berserta paste ramuan.
bungkus dengan baik dan bakar dia atas kuali panas atau tempat pembakar.
palingkan ke sebelah apabila warna daun pisang keperang-perangan.
bakar lebih kurang 15-20 minit.

jangan lupa, walau punikan bakar ini sudah mempunyai rempah sendiri, tp rasanya lebih nikmat jika dicicah air asam atau kicap cili.

selamat mencuba. gambar x sempat nak amik, sebab laju sangat keluarga menikmatinya. saya x tipu memang sedap. seperti ikan bakar yg di jual di kedai ikan bakar kuantan.

Voucher Buku RM200

   TQ to Budget Malaysia di atas pemberian voucher buku. sebenarnya voucher nie dah lama dapat n dah lama saya redeem cuma lambat untuk writing essay in this blog.
   Walaupun saya masih belajar di IPTA, saya juga merasa keseronokkan budget yg diperuntukan untuk pelajar IPTA & S. Mungkin saya tidaklah berapa memerlukan voucher ini, namun untuk tidak melakukan pembaziran, saya menggunakan voucher ini untuk membeli bahan pembelajaran anak saya. memang dia masih kecil tp saya tahu ilmu itu boleh digunakan tidakkira usia dan jarak di mana kita berada. saya telah membeli Mini lift the flap board book, Basic dictionary, alphabet & numbering, Lego, white board, A4 paper, pens dan macam2 lagi.
   Dengar kata, pelajar Universiti berpeluang sekali lagi untuk mengambil voucher buku bagi tahun 2013. Syukur sangat2. memandangkan usia anak sedang meningkat dewasa, sangat sesuai jika saya kongsikan rezeki yg ada untuk membeli buku pendidikan awal kanak2.

TERIMA KASIH MALAYSIA.
SAYA SAYANG NEGARA SAYA.


Wednesday 15 August 2012

KhIdMaT BuaIaN BeRenDoi

Kami di FB AMMAAR BABYKU BERENDOI masih lagi menyediakan khidmat sewa buaian berendoi.

package kami bermula serendah RM180.00
cas penghantaran mengikut kawasan

di sini kami tampilkan beberapa gambar buaian yg di pasang di rumah customers.

jangan malun segan untuk bertanya. call 0192442761 -Pn. Nurul








tema di ubah mengikut kehendak customers.

Wednesday 25 April 2012

Sewa Buaian Berendoi

Assalamualaikum to all customer,

Our  services are still active like before. To get the update and detail, you can go through our facebook, because we only update the picture on our facebook.

you can click this link for view.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100002387810549

TQVM

Melangkah Setapak Di Alam MAYA

Pasti semua terkejut dengan tajuk post ini. Sebenarnya saya ingin mewawarkan yg saya dan adik ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan di facebook.

Mari beramai-ramai LIKE and shopping di page kami
https://www.facebook.com/N2NFabricCollections

Di page ini kami menjalankan perniagaan pakaian, kain pasang untuk kaum wanita dan insyaallah jika mendapat sambutan baik, kami ingin mengembangkan sayap kami untuk menjual pakaian kanak-kanak.

mari LIKE n jangan lupa untuk LIKE

Wednesday 21 March 2012

Penjaga Untuk Anak Anda

Lately macam2 cerita n berita mengenai rumah asuhan kanak2. naik seram di buatnya jika itu yang berlaku kepada anak2 kt. anak2 terlalu kecil untuk mengadu apa yang berlaku pada dirinya sepanjang hari berada di rumah asuhan. manakala penjaga rumah asuhan juga tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka juga dibebani dengan pelbagai kerenah n ragam anak2 dan kadang2 turut dibebani dengan ragam ibu bapa anak tersebut. sebagai contoh, anak yang demam sepatutnya dijaga oleh ibu bapanya sendiri di rumah bagi mengelakkan deman ini berjangjit kepada anak2 asuhan yang lain, namun ada segelintir ibu bapa terlalu mengutamakan kerja atau mempunyai tugas yang tidak dapat dielekkan mengakibatkan mereka terlupa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menyerahkan kepada penjaga rumah asuhan. sebagai contoh, anak2 yg mati akibat tersedak susu baru2 ini. bukanlah salah rumah asuhan semata2 kerana anak2 tersebut sedang deman dan masih di hantar ke rumah asuhan.kebanyakkan anak yang tudak sihat selalunya agak meragam n merenget, ini akan membebankan penjaga rumah asuhan kerana anak2 yang demam selalunya ingin dokong atau di pangku selalu. inilah fenomina rumah asuhan kanak-kanak.

 http://www.bharian.com.my/articles/Duabayimatitersedaksusudipusatasuhan/Article/

Bagaimana puna fenomina antar ke rumah pengasuh tanpa tauliah atau dipanggil rumah babysitter? adakah selamat? pernah berlaku penjaga tidurkan anak jagaannay, kemudian memesan pada jiran sebelah rumah supaya dengar2kan jika anak asuhan nangis tolong telefon dia segera kerana dia ingin ke kedai membeli kelapa. bayangkanlah jika bayi terjaga dari tidur dan merasa dirinya keseorangan, dia akan menangis atau ada segelintir yg tidak nangis tp merayau2 mencari org. jika anak ini masuk ke tandas bukankah boleh mendatangkan bahaya? jika ditidurkan dalam buaian, bukankah boleh jatuh jika menggeliat berlebihan. org kata malang itu tidak berbau.
Dalam majalah Pa&Ma ada slot memberi tips untuk mencari rumah asuhan yang baik untuk anak2, dari situ anda boleh mendapat sedikit info berguna untuk dijadikan pedonam. Pada pendapat saya carilah org yang paling hanpir dan paling boleh dipercayai untuk menjaga anak2 kt. menjaga demi sayangkan kt n anak kt bukan kerana inginkan upah yang ditunggu2 setiap hujung bulan. anak umpama kain putih, bekalkan barang mainan yang baik di samping bahan pelajaran yang dapat membantu perkembangan minda anak2 kt. 

Saya bersyukur kerana ibu saya nak menjaga sendiri cucunya. walaupun rasa malu sebab masih menumpang di rumah ibu wapaupun sudah berkahwin tp saya ketepikan keinginan untuk memiliki rumah sendiri sehingga anak saya sudah pandai berdikari. barulah saya percaya untuk menghantar ke taska atau nursery. kerana dia pasti akan bercerita apa yang berlaku sepanjang hari jika ditanya nanti.

Wednesday 15 February 2012

Gubahan Hantaran Green Gold

Gubahan Hantaran Raga Besi Lingkar
rm60~rm80
raga besi, bunga goldust, riben


gubahan sireh junjung fresh flower basikal besi
rm150
include bunga segar mengikut tema, kaput, pinang, cengkih
set minyak wangi
gubahan buah-buahan
hantaran sapu tangan & handphone
kek hantaran mango delight
gubahan wallet & tali pinggang
gubahan baju hantaran
set chocolate
gubahan kasut & stokin
bunga rampai