Wednesday 18 January 2012

Perkembangan Si Comelku

melihat anak membesar merupakan satu anugerah terindah. dari saat melahirkan, detik melihat bayiku membuka mata adalah kebahagiaan rumahtangga aku dan suami. hari demi hari satu demi satu perkembangannya dapat ku lihat. semasa dalam pantang lagi, wafiq sudah pandai mengangkat kepalanya. ini menandakan tulang tengkuknya sudah kuat. selain itu sifat semulajadi bayi yang akan mencari2 puting ibunya pabila kehausan membuatkan aku seronok untuk menyusukannya. wafiq boleh dikatakan berani kerana dia tidak menggengam tangan ketika tidur. wafiq juga tidak suka dibedung. walaupun ramai yg bising kerana wafiq tidak di bedung kononnya nanti anak besar jalan kengkang, itu bukanlah matlamat utama bedung. bedung bayi untuk pastikan tidurnya nyenyak seolah2 berada dalam pelukan si ibu. namun begitu anakku lebih selesa tidur tanpa bedung ini mungkin kerana dia mempunya eczema menyebabkan dirinya tidak suka berpeluh.

keseronokkannya ketika mandi, membuatkan sesiapa saja yg mandikannya rasa teruja. ini kerana wafiq tidak takut air. malah akan menangis jika dikeluarkan dari air terlalu awal. cuma wafiq x suka mandi air sejuk. selepas 3 bulan wafiq suka menepuk air mandiannya ketika mandi.

wafiq telah meniarap pada usianya 4 bulan namun begitu, dia tidak meniarap untuk bergerak ke depan mahupun belakang. dia akan menggulingkan dirinya untuk bergerak ke tempat yg ingin ditujunya. ini mungkin kerana wafiq mempunyai berat badan 7 ke 8 kg ketika itu. pada usianya 6 bulan wafiq telah diperkenalkan dengan makanan. aku memberi makan puree sebagai permulaan.menggunakan 4days roles, aku dapati wafiq tidak suka carrot. dan yang paling digemarinya avocado. wafiq juga telah mula merangkak ketika itu.

kini, usia wafiq telah 7 bulan 1 hari n gigi wafiq telah keluar. rasa sangat seronok sebagai umminya setelah melihat gigi pertama anakku. wafiq semakin suka bergurau dan menggigit org.kini sudah pandai mengenyit mata.

ummi doakan anak ummi membesar dengan sihat dan bijak untuk menjadi anak soleh dan berguna pada org tua, agama n bangsa.

aminnn.

No comments:

Post a Comment